newly blog
lembap betul livejournal skrg ni. so saya guna wordpress lak.
http://zahidah.wordpress.com. senang2. tengok la sya membebel kat blog baru ni ek. hehe. bye.
![]() | You are viewing Log in Create a LiveJournal Account Learn more | Explore LJ: Life Entertainment Music Culture News & Politics Technology |
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 2 | |||||
| 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
| 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
| 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
| 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
| 31 |
lembap betul livejournal skrg ni. so saya guna wordpress lak.
http://zahidah.wordpress.com. senang2. tengok la sya membebel kat blog baru ni ek. hehe. bye.
Malas betul nak update blog skrg ni. xd byk benda yg berlaku. Just keja, keja, keja. Nama pun keja, mestilah penat kan.. Buat audit utk 1 company ni memang 'best'. I need some times to understand the previous works done. Tapi bila dah kena wat cepat sebab kena ligan ngan bank (audit kena wat cepat, kalo x sebab company tu nak meeting awal, mesti sebab bank nk tgk result co. untuk teruskan loan), saya jadi tension tau. Tetiba jadi stuck. Tak tau nak buat mana dulu. Dah la jumpa benda2 yang xpernah saya buat. HP untuk mesin- ada advance instalment, deferred tax yg ada HP-supervisor pun xtau cmna dapat amaun tu last year huhu, dan RA-reinvestment allowance.
Buat keja kalut2 camni, mula la body clock berubah. Tido kul 1 lebih. So, dapat la batuk..Teruk sgt2. Keja dalam ofis aircond,bertambah teruk la batuk tu. Start keja sampai kul 11, suara saya la yang conquer 1 ofis tu. Batuk x berhenti. Nak p klinik, xd masa. Lagipun, ubat batuk kan mengantuk. xleh la nak wat keja pulak. So, hari khamis, setelah seminggu batuk teruk, saya pun p la klinik. Xtahan dah. Doktor bagi antibiotik, ubat batuk, selsema n penat. Malam tu memang lalok betul. Esok tu saya tido sampai pukul 1030. Memang pening gile makan ubat. Pas makan tghr, makan ubat lagi, tido lagi sampai asar. Fuh dahsyat betul ubat tu. Malamnya saya makan ubat lewat sikit. Agak2 nk tido, baru makan. Asyik tido je..=p. Tapi Alhamdulillah, 2 hari pas tu, batuk saya makin sembuh. Agaknye kena makan antibiotik cepat, baru leh baik...
So, pengajarannya, kalau sakit, makan la ubat. Sayangi diri anda....lalalala... Cerita2 lain, biar sy simpan sendiri la ye.. Bye.
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..bagaimana ni.. perlukah kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun berasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..
Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" kata pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"
Kegawatan ekonomi makin dirasai di negara kita. Sebelum ini, Malaysia menjadi satu2nya negara di rantau Asia yang masih bertahan bahawa negara kita masih stabil dari segi ekonomi berbanding Singapura, Indonesia dan Jepun. namun, kita harus sedar bahawa kesan kegawatan tersebut akan menghimpit kita pada bila2 masa sahaja.
Krisis ekonomi abad ini bermula di Amerika pada tahun 2007 apabila sektor kewangan subprima mengalami kemerosotan mendadak. Ia dipanggil sebagai subprime mortgage crisis iaitu krisis gadaian subprima. ia merupakan krisis kewangan yang berterusan akibat kegagalan dalam pasaran kredit (hutang) dan sistem perbankan. Antara contohnya ialah kemerosotan dalam pasaran perumahab, amalan yang berisiko tinggi dalam belian dan jualan saham dan jumlah hutang yang terlalu berlebihan oleh individu dan badan korporat.
Semalam, belanjawan mini berjumlah RM 60 bilion (lebih suka perkataan belanjawan drpd 'bajet') telah dibentangkan di Parlimen. 2 matlamat utama belanjawan tersebut ialah 1) mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan khususnya kepada pekerja yang diberhentikan dan graduan yang sedang menganggur. 2) membantu golongan yang terjejas akibat kelembapan ekonomi . Untuk teks penuh, sila klik di sini.
Saya amat tertarik dengan matlamat yang pertama. Seramai 25 ribu pekerja telah diberhentikan sejak Oktober tahun lalu dan jumlahnya pasti meningkat dengan kegawatan ekonomi global yang masih tiada titik noktah Oleh itu, kerajaan akan mewujudkan sebanyak 163,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di sektor awam dan swasta. Oleh itu, kepada rakan2 semua, rajin2 lah melayari laman web josmalaysia.com untuk mengintai peluang2 kerjaya yang bakal ditawarkan. Anda juga boleh klik untuk link ke achemm. Banyak kerja kosong drpd sektor awam diwar2kan di situ.
Saya harap, ia bukan sekadar janji kosong...